RSS

Pe Hukumnyer ek??..

Ritu 1 hari tuh tetibe je aku terpikir tentng hukum bersanding nih...maklumla kblkgn nih ramai sgt yg berkahwin...setau aku hukum bersanding nih HARAM...tp disebabkan aku nih xde la pndai sgt bab2 hukum nih (Fiqh tah lepas ke x nih..hehehe), aku tnye la mak aku...

Mak aku ckp la yg bersanding nih haram...sobab nyer ikut budaya hindu...pas2 jd tontonan org ramai lak yg bukan mahram nyer...

Pas2 aku saje je la nk tau pendapat orang lain...aku tnye la kat kawan aku nih...kawan aku pon ckp camnih...
"Yg aku tau ulama' menghukumkan hukum bersanding haram kerana mngikut adat orang hindu n kerana mnunjukkan kecantikan pengantin pempuan pada bukan mahram..."

Pas2 aku cari ler kat soal jwp agama n nih ler yg aku dapat...

Soalan : ASSALAMUALAIKUM. saya ingin mengetahui mengenai hukum bersanding. adakah bersanding itu haram? adakah jika bersanding tetapi menutup aurat dan tidak bersolek tebal masih dikategorikan haram?

Jawapan : Ya. Bersanding adalah haram menurut pandangan Islam. Hal ini disebabkan beberapa faktor. Antaranya seperti berikut:

1. Menyerupai dengan amalan penganut Hindu. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya; “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia akan tergolong di dalam kaum berkenaan.”
(Hadis Riwayat Abu Daud).

Selain itu, Rasulullah SAW menyatakan lagi mengenai budaya ikut mengikut ini dengan sabdanya yang bermaksud; “Bukan dari kalangan kita sesiapa yang meniru selain kita”.
(Hadis Sahih Riwayat al-Tirmizi).

Berasaskan kepada dua hadis di atas ini sudah jelas kepada kita mengenai larangan mengikut budaya atau adat bangsa dan amalan daripada penganut agama yang lain selain Islam.

2. Menimbulkan rasa riyak dan ‘ujub kepada pengantin dan juga keluarganya kerana berasa megah apabila dapat menunjukkan tentang kemampuan diri menyediakan set pelamin yang berharga tinggi.

3. Dapat membuka ruang dan peluang orang ramai untuk menabur fitnah mengenai kedua mempelai.
Dari itu, sekalipun tidak mengenakan pakaian yang membuka aurat dan tidak bersolek tebal, ia tetap haram akibat daripada sebab-sebab yang telah disenaraikan di atas.
Wallahu ‘alam.

Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

Sekian..tq

.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

2 komen:

s said...

so....
adakah anda akan bersanding satu hari nnti???
atau juz bernikah????
tak ader kenduri persandingn...
means juz kenduri biase...

RifhaNi said...

insyaallah x bersanding...
cam my sis gak...
just nikah...
n kenduri bese xde persandingan...