1. KURANG BERDOA DALAM PROSES MENDIDIK ANAK.
2. MEMPERKECILKAN KEBOLEHAN ANAK.
3. KURANG TEGAS DALAM MENDIDIK ANAK.
· Ketegasan adalah penting dalam menjadual waktu kehidupan seharian.
· Disiplin yang tegas menjadikan anak lebih menghormati keputusan yang dibuat oleh ibu bapa.
Cth : waktu belajar, mengaji, tidur, riadah dan sebagainya.
4. LEBIH BANYAK MEMBERI BELAIAN NEGATIF DARI BELAIAN POSITIF.
· Anak yang dididik dengan belaian negatif akan menjadi bersifat rendah diri dan berperasaan takut.
· Anak memerlukan 20% belaian negatif bagi menyedarkan kesilapan mereka.
· Ibu bapa membantu anak berazam untuk tidak melakukan perbuatan tersebut.
5. KURANG PANDAI MENJADI KAWAN KEPADA ANAK-ANAK.
6. KURANG MEMBERIKAN SENTUHAN KEPADA SEMUA ANAK-ANAK.
7. MENEGUR SECARA NEGATIF.
· Anak yang ditegur secara negatif seperti dicemuh dan dikritik akan membentuk minda yang negatif.
· Contoh : Jika dimarahi dengan perkataan “ degil ”, “malas” akhirnya menjadi tabiat kepada anak tersebut. Perkataan itu dizahirkan melalui perbuatan.
8.KURANG MENGHIDUPKAN SUNAH DALAM RUMAH TANGGA.
· Kehidupan rumah tangga Rasulullah saw adalah contoh tauladan yang baik untuk diikuti oleh umat manusia.
Cth: makan, tidur,beribadat dan sebagainya.
9. MENUNJUKKAN PERSELISIHAN DI HADAPAN ANAK-ANAK.
10. KURANG MENGASUH ANAK MEMBUAT KERJA KERJA RUMAH.
· Anak perlu diasuh dan dilatih membuat kerja rumah supaya tidak timbul pentingkan diri sendiri serta tidak menghargai pekerjaan orang lain.
· Jangan bebankan kerja yang berat. Cth basuh pinggan selepas makan.
11. TIDAK MENGANTUNG ROTAN DITEMPAT YANG BOLEH DILIHAT OLEH AHLI KELUARGA.
· Mengantung rotan ditempat yang boleh dilihat oleh ahli keluarga menunjukan disiplin yang kuat dalam rumah tangga. Rotan memberikan ingatan kepada
mereka.
12. KURANG MENGAWASI PENDEDAHAN KEPADA TV DAN VIDEO.
· TV dan Vedio memberikan kesan yang mendalam kepada anak-anak yang menonton.
· Ibu bapa harus memberikan pengawasan yang rapi dan menjelaskan isu-isu yang kurang sesuai untuk tontonan anak-anak dirumah.
13.KURANG MENGAJAR ANAK KEMAHIRAN SOSIAL.
· Mengajar anak berinteraksi dengan orang lain adalah tanggung jawab ibu bapa . Kemahiran bercakap dengan orang yang lebih tua, bercakap dengan tetamu, melayan sahabat dan sebagainya.
· Kemahiran ini diperolehi dari ibu bapa melalui contoh dan tauladan.
14. KURANG MENITIKBERATKAN MAKANAN YANG SEIMBANG ATAU SESUAI UNTUK ANAK-ANAK.
15. TIDAK BERSAMA-SAMA ANAK KETIKA MAKAN.
16. MEMPAMERKAN PILIH KASIH TERHADAP ANAK ANAK.
· Anak akan mudah berasa kecil hati jika kasih sayang diberikan secara tidak adil.
· Jangan wujudkan perbezaan dalam memberikan kasih sayang kepada anak-anak .
· Setiap pembelian barang dan sebagainya diberikan secara adil dan saksama antara satu sama lain.
17. KURANG MEMBERI PENGAWASAN DAN PENYELIAAN MENGENAI PELAJARAN ANAK ANAK.
· Anak-anak memerlukan bimbingan dan pengawasan semasa mereka sedang berlajar.
· Berada bersama mereka semasa mereka melakukan kerja rumah akan membuatkan mereka berasa di sokong dan dibimbing.
· Ibu bapa akan dapat mengawasi gerak laku anak anak.
18. TERLALU MEMANJAKAN ANAK.
· Anak yang selalu dimanjakan akan menjadikan mereka bergantung kepada orang lain.
· Selalu menunjukan sifat mengada-ngada dan tidak menghormati orang tua.
· Meningkatkan keegoaan dan sukar menerima orang lain.
19. TERLALU MEMBERIKAN KEBEBASAN KEPADA ANAK-ANAK.
· Kebebasan memmpunyai batasannya.
· Kebebasan yang melampau akan menjadikan anak lupa diri dan merasakan mereka bebas melakukan apa sahaja.
· Kebebasan dengan disiplin yang ketat akan menjamin peribadi yang mulia.
20. MUNGKIR JANJI KEPADA ANAK-ANAK.
21. KURANG MEMBERI LAYANAN KEPADA PERTANYAAN DAN KEMUSYKILAN ANAK-ANAK.
22. MEMBERI HUKUMAN YANG TERLALU KERAS.
· Hukuman yang keras akan menyebabkan anak mengalami kecederaan yang serius
cth; pukul dengan benda yang keras.
23. MENANGGUHKAN TEGURAN DAN HUKUMAN.
· Segala teguran dan hukuman hendaklah dilakukan serta merta. Jika ditangguhkan anak-anak akan merasakan ia menjadi kurang penting dan berpontensi mengulangi perbuatan tersebut.
24. TIDAK KONSISTEN DALAM MEMBERI TEGURAN ATAU HUKUMAN.
· Segala teguran dan hukuman yang diberikan kepada anak mestilah dilakukan secara konsisten.
· Jika tidak, anak akan merasa terkeliru dengan teguran dan hukuman yang diberikan.
· Setiap kesalahan yang dilakukan hendaklah diberikan hukuman yang setimpal dengan kesalahan.
25. TIDAK MENGALAKAN ANAK-ANAK UNTUK BERDOA.
26. TIDAK MENDOAKAN ANAK.
KESILAPAN –KESILAPAN YANG DI LAKUKAN OLEH IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK.
Saturday, September 05, 2009 |
Labels:
Peringatan
Ditaip oleh
aNi HoNeY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment